Love Disease.
about home follow
random1#
Thursday, October 17, 2013 | Thursday, October 17, 2013 | 0 comments

Terpandang satu kisah.

Dia seorang kanak-2 biasa. Manja. Terpaling rapat dengan ayah dan bonda. Saban hari pasti berkepit ke hulur ke hilir bersama sama kedua orang tua. Terutama sekali ayah. Dia sekali pun tidak pernah merasa kesakitan dari tangan ayah. Tidak pernah sekali makan hati. Tidak pernah sekali dimarahi. Apa sahaja yg membuat dia bersedih pasti ayah mengubati. Dia hidup dengan nafkah yang dicari setiap hari oleh bonda. Ayah cuma mengharapkan wang pencen setiap bulan..

Saat itu dia belum tahu. Detik itu dia belum mengerti. Suatu hari dia tidur di atas tilam tanpa ditemani ayah. Cuma bonda. Kata mereka, ayah ada kerja yg memerlukan dia untuk berada jauh dari keluarga buat seketika. Anak kecil itu mungkin mengerti. Tapi sedikit rasa kekosongan di hati kerana tidak pernah berjauhan dengan ayahanda tersayang. Masih boleh dimaafi kerana masih ada bonda dan abang. 

Kira-2 detik 3 pagi. Terjaga dek suara dua orang manusia. Aneh. Perbualan yg tegang saat embun baru mula menampakkan bayang. 

"nak pergi mana?"
"rumah lagi satu" .....

Anak kecil yg mungkin belum mengerti apa-2 kan pasti merasa sedikit sendu dan kesedihan dengan menyaksi air mata mula menitis di pipi bonda. Kenapa?

Dan mungkin persoalan itu masih kekal dalam diri anak kecil hingga saat ini. Kenapa dia dipilih untuk menerima ujian yg sedikit sebanyak membinasakan. Kenapa keluarga yg hanya berpaksi kasih sayang sebagai kebahagiaan abadi terpanggil untuk dibinasakan? Lantas hati mengeluh. Tiada suara-2 yg mampu membantu. Menghulur tangan. Menyuarakan sedikit kata-2 sokongan. Yg ada hanya dia. Dan sekeping hati yg selalu hancur. Masih terkial-2 untuk mengutip segala kepingan-2 kecil dengan tangan yg kotor..


This day. Mungkin anak kecil itu sudah dewasa. Mungkin masih dibelenggu dengan persoalan-2 yg tiada jawapan. Tapi yg pasti segala ujian kan terbukti melahirkan peribadi yg kuat. Mental yg agak tegar. Sekurang2nya rasa bersyukur kerana pasti ada yg lebih kasihan kisah hidup mereka.


NiaaD's