Love Disease.
about home follow
Sunday, November 3, 2013 | Sunday, November 03, 2013 | 0 comments

Hukum dunia hari ini-- 
Ada duit orang pandang 
Takda sen kau jangan nak sembang. 

Tipikal kita suka menghukum tanpa bicara. Aku sendiri terkadang kejam. Kadang terdiam. Kadang terjatuh. Kadang mengeluh. Kuat berfikir. Kuat lagi cemburunya. Terkadang lemah. Rebah dengan prinsip sendiri. Mahu sendiri pun kadang aku taktahu, kadang tak mampu nk capai. Contoh-- serupa apa tempat yang dipanggil atap untuk aku berteduh? Manusia-2 yg aku harap sebagai pelindung kedua selain yg Maha Esa? Lagikan inginnya manusia. Darah muda ni payah diukur. Hati orang jangan dibaca. Salah tafsir fitnah perginya.

Tapi--
Kalau semua terjelas tanpa hijabnya
Manakan mampu kau tutup pahitnya hempedu dengan secubit gula?

Pahit kita telan. Manisnya kita bagi orang. 

Ini hidup kalau madah memberi 24/7. Memberi tanpa dihargai. Bukan penghargaan yang jadi titik tolak kt sini. Ikhlas. Yg aku cari ikhlas. Kau cerita pompang pompang pasal orang. Kau hebat. Kau pertikai ikhlas orang. Kau hebat. Kau cakap orang mengungkit. Kau hebat. Cuba kau letak diri kau kt tempat orang yg kau cakap tu. Bila kau ada segalanya, senang-2 dia datang. Bila kau dah hilang segala yg bernilai, jeritlah sekalipun orang takkan pandang.

Tapi tu metafora yg terlalu kejam.

Ni pandangan aku lah. Dalam dunia kita, semua orang ada sisi baik masing-2. Ada sisi nakal masing-2. Tapi yg memang kau nampak ahli syurga to-be (insyaallah) tu, elakkan dari pertikai. Kita patutnya lagi banyak memberi dari menerima. Tapi bila kita jadi penerima, tak susah pun kau nak cakap terima kasih. Simply thank you. Ok. Ada orang yg memang jenis mulut manis. Bila dia rasa dia nak minta tolong, gula batu pun kalah manisnya. Ada pattern orang macam ni. Bila kau rasa perangai dia lain macam sikit tu, kau jaga-2.

Cuba kalau kita amalkan manis mulut tu 24/7? Ni, orang yg patut kita jaga hati dia, kita cari bila perlu. Yg kita rasa sedap mata memandang tu kita sanjung-2 kan kita layankan. Ok. Cuba kita stick dekat orang tu, time kita nak apa-2 kita mengendeng dengan dia. Jangan cari orang yg kita fikir boleh diharap. Sebab by the end of the day, orang yg diharapkan tetap ada even menghulur tangan kosong untuk ringankan beban kita.

Sekarang in somehow, aku taknak cerita patut orang. Patut aku pun kadang terabai. Apa yg aku faham, kalau nk hidup bahagia, kau kena banyak memberi dengan bersyarat-- ikhlas. Aku belum tahap memberi dengan tangan sebelah tutup mata. Aku masih manusia biasa. Ada akal yg terkadang berfikir luar batas. Aku masih perlu perhatian. Aku masih ada hati yg terasa diperbodohkan. Apa salah kita sama manusia yg nak menghukum, mempermain perasaan orang?

Kita bukan mengharap harta benda untuk hepi. Kita bukan menagih pujian melambung untuk sentiasa rasa kt atas. Kita bukan batak penghargaan dengan kata-2 manis. Cukup kita tahu kita tak tersalah langkah dengan menolong orang yg akhirnya berpaling. Aku bukan malaikat. Sentiasa ada keajaiban nak tolong orang tak kira masa. Aku manusia biasa. Perlu aku pun kadang-2 tak cukup. Ya, memang aku patut tahu ada hati yg selalu ada dengan aku. Tapi maaf. Elok-2 ikhlas tu kita bertatih untuk pupuk, tiba-2 kau rentap. Lepastu kita dikata mengungkit.

Satu lagi hukum alam-- patut orang kita nampak. Patut kita pun mesti ada orang yg nampak. Itu hukum dunia. Kau kena faham.

Kenapa? Kenapa aku selalu ditinggal dengan satu persoalan ni. K E N A P A ?

Salah ke kita nak kekalkan apa yg sepatutnya? Salah ke kita terasa sebab perangai orang yg memang terjelas nak bagi hati kita terasa? Entah. Kadang aku fikir sampai India pun last-2 jawapan aku satu-- Aku tak boleh puaskan hati semua orang setiap masa. So angkat kaki blah.

Aku bukan siapa-2. Takda pangkat takda darjat takda harta. Haha. Aku mohon tingkahlaku aku jangan ditafsir kecuali kau pernah ada atas kaki aku. Sebagai aku. Sorry would be too simple. Aku mohon maaf sebab belum capai tahap sempurna kt mata orang. Ikhlas kita takda siapa nampak. Kita simpan baik-2 dalam hati. Jangan ganggu dia. Jangan.

Jangan sentuh hati orang untuk tinggalkan bekas SEMATA.