Love Disease.
about home follow
random 3#
Saturday, November 9, 2013 | Saturday, November 09, 2013 | 0 comments

"Kain pelekat abah aku peluk rapi. Mata aku paksa lelap sebab esok aku perlu teruskan hidup, persekolahan macam kanak kanak biasa. Hati aku sayu. Hidup aku mula terasa kosong. Aku bukan jenis kanak kanak yg ramai kawan. Aku lembik. Aku gembeng. Tapi satu satu nya sebab orang nak kawan dengan aku. Aku dianggap pelajar bijak. Sepanjang aku darjah satu, kedudukan aku pasti nombor satu dalam darjah. Masuk darjah dua, aku pindah sekolah. Aku selalu fight dengan kawan aku untuk dapat nombor satu. Aku bukan lagi budak paling pandai.

Kain pelekat abah aku peluk erat. Aku tak lagi ditemani abah waktu tidur. Cuma hening malam. Lampu bulat dan air mata mama. Aku rindu. Rindu tak terkata. Abah tenangkan diri sementara keadaan berserabut. Tiap malam aku telefon abah. Aku nangis. Aku demam. Tiap malam takda gelak tawa. Aku mula jadi murung. Tiap malam aku tunggu abah balik. Aku tak pernah bosan. Tiap malam aku cuma ada mama. Aku tak pernah berhenti doa Allah kan pinjamkan balik abah pada aku. Tak pernah putus aku berharap.

Kain pelekat abah aku peluk buat lepas rindu. Aku rindu. Terlalu rindu. Abah tak balik bermakna takda siapa yg siapkan kerja sekolah aku subjek bahasa melayu kena lukis macam macam berpandukan karangan yg cikgu suruh buat. Abah tak balik bermakna aku kena bermenung berjam jam menghadap jadual kelas sebab aku tak reti susun buku. Abah tak balik bermakna aku tidur lambat sebab kelengkapan sekolah aku kena buat sendiri. Abah tak balik bermakna takda siapa sapukan minyak kt kaki sebab lenguh macam nak tanggal lepas latihan rumah sukan kt sekolah.

Abah.


Abah pernah datang hari sukan sekolah aku untuk kali pertama dan terakhir. Aku tak pernah banggakan abah dengan pencapaian dalam sukan. Tapi untuk kali pertama aku masuk persembahan J-robik. Hari sukan sekolah habis jam 5. Aku naik dari padang. Aku nampak abah berdiri tersenyum pandang aku sambil pegang payung. Abah tunggu aku. Abah datang sekolah untuk aku. Aku gembira sangat. Ehe.

Aku mula belajar menangis untuk lelapkan mata sejak aku masih budak. Bantal aku mula penuh dengan hingus berbanding airliur basi sejak aku mentah lagi. Out of them.. Aku cuba belajar jadi kental. Cuba..

Orang kata semua yg ada kt dunia pinjaman semata. Orang kata kehadiran seseorang tu cukup bermakna walaupun sekejap. Orang lebih sanggup derita merindu kalau diberi pilihan. Aku tak faham kenapa? 



Derita aku biasa. Merindu aku sakit."


Kalau aku mampu memberi pinjam tabah aku untuk hati hati yg pernah sakit, aku bagi. Tapi aku pun terkadang hanya mampu memohon tabah orang untuk dipinjam.


NiaaD's