Love Disease.
about home follow
Thursday, March 20, 2014 | Thursday, March 20, 2014 | 0 comments

Baru malam tadi diteman mimpi bahagia. (tapi sekarang aku dah lupa) Yang pasti, bahagia. Keluarga aku yg bahagia. Tapi sayang, yg sempurna cuma mimpi semata.

Ah, bosan bermimpi. Aku bangun.

Celik mata dengan bahagia yg lebih sedikit dari semalam. Mungkin faktor mimpi membantu membina hari. Senyum segaris. Hari ini aku mahu jumpa cinta. Ya, aku bahagia. Kalau ada yang bertanya apa aku mahu, aku cuma ingin bahagia & hidup normal seperti biasanya manusia tanpa sesal dengan hari-hari yang lepas. Tapi itu semua mimpi. Mana mungkin kau lupa sejarah walaupun kau benci setiap zarahnya yang membunuh kau hingga ke hari ini?

Tapi untuk abah, mama, along, angah, cinta sama manusia, kasih sama Tuhan, kau kena hidup selagi belum tamat tempoh. Semalam mama tanya sebelum aku terlena sebab pening kepala, "adik nak kirim doa apa?" Allah, terlalu banyak nak minta. Isi hati setiap manusia dalam sehari pun aku yakin mampu setebal novel Alaf21. Ini kan kiriman aku yang tak dapat teman mama ke sana. Maaf ya, ma? Tuhan, kau kasihkan kami kan? Tolong jagakan mama sepanjang dia berada di kota suci kamu, ya?

Aku terlelap.

Sedar sedar dah pagi. Itu pun liat nak bangkit. Aku fikir tunggu si gula hati mesej baru bangun. Few minutes later, text masuk. Aku dah dapat agak apa yang aku akan tahu. Terkesan juga dalam hati tapi aku faham. Aku minta dia datang Melaka jumpa aku. It was fine at first tapi tak jadi juga last minute. Aku tak marah, cuma rindu. Ya, CUMA rindu. Awak jaga diri ya? Behave at anywhere you are. Wish me luck for my final & tunggu saya balik :)

Back to recent days. Aku jadi lemah bila fikir tujuan hidup. Entah, nak jadi pessimis yang bersedih sentiasa walau kerana satu pandangan sinis manusia sarkastik? Atau materi yang tunduk dengan telunjuk nilai ringgit? Percaya kan aku. Pendiam, pemikir dalam hati & lambat pick-up untuk normaliti yang asing bagi dunia aku. Tapi boleh jadi aku manusia paling riuh dengan gelak kalau jumpa si gula hati yang mungkin terkadang lemas dengan perangai ego yang satu ini. (nanti kalau saya dah takda, mohon rindu saat-saat saya marahkan awak sebab saya nampak roadblock kt depan tapi awak tak percaya hahaha)

Penat aku cari apa yg aku perlu untuk bahagia. Mungkin jauh terperosok dalam hati dah lama menyimpan sebab yang satu. Tapi dungu sebab tak dapat zahirkan. Atau keadaan tak mengizinkan. Cerita aku yang protagonisnya selalu hilang arah. Kadang keliru, apa patut cerita aku ditukar fokus? Terus, tak kan lagi cerita itu menjadi kisah aku. Kelakar, bila diingat balik hari-hari yang tak produktif. Sepatutnya dihabiskan di rumah macam teman-teman. Atau bersama buku-buku grammar, reading yang tebalnya 2bukutekssejarahtingkatanlima.

Duduk sorang dalam bilik pun boleh jadi pemarah bila apa yang dicari tak jumpa. Mulalah tangan mencari apa yang seronok dalam phone berusia 3 bulan ni untuk ditatap kalau kalau terjumpa arah bahagia yang aku hilang semenjak dua.


Segala penat hilang dalam "Jangan tinggal kan aku" :) Oh, aku rindukan perangai kau yang satu ni sebenarnya. Hehe

Aku dah jumpa senyum aku semula.

NiaaD's