Love Disease.
about home follow
Wednesday, March 12, 2014 | Wednesday, March 12, 2014 | 0 comments

Berapa banyak jiwa yang perlu ranap kerana sepatah kata dari hati yang buta?
Titis sayu, jemu, rayu bukan kita pinta
Untuk hadap dunia kejam kita, kau, aku sanjung
Tinggi melangit, aku lambung
Kata, janji, manis sumpah kita aku igau untuk mengubat hati kelam
Bagi aku, mata itu yang selalu memerhati dari beribu batu
Hati yang selalu mengikat segenap aku untuk teguh berdiri atas pasir yang menenggelamkan
Diri yang aku pinta untuk selalu menadah tangan waktu manusia sarkastik menolak jatuh

Tapi,

Salah aku terbang terlalu jauh melitas radar kita
Mohon ampun maaf untuk khilaf aku yang kerana ego darah muda

Turun naik nafas aku untuk mencari setitis kurnia bahagia semata
Cukup.

Bandingkan aku dengan roh dari setiap jasad yang lain,
Mungkin mengharap rupa, harta, perempuan, syurga dunia untuk disewa.

Serendah hati aku,
Cuma kamu.
Yang aku mahu.

"Berapa banyak jiwa yang perlu ranap lagi kerana sepatah kata dari hati yang buta?"

NiaaD's