Love Disease.
about home follow
Tuhan.
Monday, March 31, 2014 | Monday, March 31, 2014 | 0 comments

Sini, aku cerita sikit retak hati.

Kaki tua itu dihayun untuk anakanda tersayang di kejauhan yang mahu pulang. Letih, pasti. Gagah terjelas di depan pandangan mata kasar. Cukup sempurna menutup segala lelah. Senyum, gelak masih ikhlas seperti adanya hati besar itu. Usia yang lewat senja. Hampir menjengah tengah malam. Tanpa sedar, aku terkilaskan pandang mata hati untuk 19 tahun yang lepas. Sungguh, mampu dibilang jari detik aku rakam di sisi dia. Masih, jiwa ini ditatang tanpa cela.

Angka 60 hampir menegur insan tua itu. Tanpa sedar. Aku belum memberi rasa bahagia yang cukup. Masih bertatih. Masih haus kasih. Masih gagal membuat lagha tersisih. Separuh aku, masih hanyut. Hancur aku masih belum habis. Aku tahu pasti akan lebih perit yang menanti. Tunggu ya? Tunggu Tuhan bagi aku sedia. Aku janji aku tak akan lari. Cuba berjabat sama realiti, mengusir segala hitam putih ilusi. Mungkin, ini yang paling baik cuma jiwa muda ini perlu kental.

Maaf ya, manusia. Aku selalu terbiasa menghina ciptaan Tuhan aku yang dibenci hati hitam ini. Diberi rencah kiri dan kanan sambil dihimpit makhluk api untuk memberi tekanan.

Petang tadi.

"Untuk adik, abah sanggup tak beli baju baru, keperluan dia semua tak beli. Nak beli apa-apa, tengok dulu, letak balik sebab duit tu nak bagi adik."

*kesat mata*

"Tanya adik cukup duit tak, ada duit tak walaupun masa tu dia tak ada duit. Kadang dia tengok dompet. Dia pesara, berapa sangat dia ada? Abah tak kan cakap. You know your father."

Pedih.

"Abah kena tunggu adik habis belajar dulu baru dia boleh hidup tenang. Nanti biarkan dia guna duit dia untuk keperluan sendiri."

Tuhan, duit abah tu selalu aku habiskan.............

*kesat mata*

Kenapa aku selalu beri susah pada mereka? Sedangkan aku juga sama susahnya tapi kurang ikhlasnya. Bukan dimewah dengan materi yang aku ada. Sialnya, aku hambakan diri untuk memegang bahagia yang sesaat cuma.

Ya, aku cuba buat baik dengan sekalian manusia.
Ya, aku cuba mencipta bahagia sendiri dengan  memberi makan suap pada mereka.
Ya, aku kejarkan impian orang lain sambil menyusahkan ibu bapa.

Layak. Cukup layak pegang scroll bereben anak derhaka.

Tuhan, maafkan aku?
Abah, adik cuba undur diri dari jadi alas kaki orang lagi, ya?

Hati belum pun sempat lega. Ada lagi hati yang perlu dibelai.
Allahu, keluarkan aku dari jerat puaka ini, tolong?
Terima kasih Tuhan.