Love Disease.
about home follow
BAHAGIA
Wednesday, April 23, 2014 | Wednesday, April 23, 2014 | 0 comments

Kalau kau mahu tahu,

Aku, tak mampu berdiri betul, berjalan sopan tanpa dikawal.
Aku, jatuh ke lurah, ditimbus tanah, masih dipapah.
Aku, senang sendiri, tapi suka diriuh.
Aku, ada "kawan" yang tidak siapa tercapai jasadnya.

Pendek kata, kalau roh aku diasingkan, dia mampu mengekek ketawa bila lihat seorang aku yang selalu bercakap sama sesuatu tentang kamu.

Gila.

Mata yang letih sama dunia selalu mengagau bahagia di pelusuk manusia. Cari bahagia orang untuk buat diri sendiri bahagia. (Sepatutnya.) 

Tapi, manusia kan tamak? 

Dulu;

"Aku tunggu the goddess paling-flawless-pakai-dress-putih-flowing-flowing-sambil-flips-hair yang datang boleh bikin dia hari-hari senyum bahagia hahaha"

Sekarang? 
*diam*

Bahagia aku cuma kamu. Jadi, bahagia kamu juga sepatutnya AKU.

Haloba. Kan?

hahaha

Sudahlah tu menapis derita. Apa kau ada, kau dah bagi semua. Apa kau rasa sekarang, luahlah semua. EH! Tapi jangan sebarang luah. Kita punya cerita sudah termaktub di atas sana. Kalau lebih banyak bahagia, kau beruntung sebab boleh canang ke sini sana. Kalau lebih banyak duka, apa ada yang mahu dengar kau punya cerita? Haha. Ironinya, ones use to say "tak apa, aku ada untuk kau luah semua." Bila ke depan punya cerita, sama ada kau sudah bosan sama si dia atau kau yang jadi punca segala airmata. 

Tiba-tiba hidup jadi palat. Fucking asshole.

Bilamana kau menggagah diri berdepan realiti. Sedapkan hati untuk percayakan mimpi. Topengkan muka untuk perasaan sendiri. Jahanamkan fikiran dengan janji terpatri.

Kalau kau tanya manusia normal, apa mereka mahu di dunia? Mahu jadi cantik untuk diperasankan. Mahu jadi bijak untuk tidak dibodohkan. Mahu jadi hero untuk digilakan. Mahu jadi segalanya untuk dilihatkan.

Aku?
BAHAGIA.

Cukup.

Kalau yang dikejar aku itu indahnya sesaat cuma, aku tetap mahu.
Kalau harus aku bayar dengan menadah sebakul hina, aku rela.
Kalau mesti aku habiskan wang ringgit yang aku tak perlu, aku sanggup.

Sebab, bahagia aku cuma kamu. Kamu yang selalu ada di setiap zarah aku. Yang selalu beri aku nafas baru untuk teruskan mengutip segala serpih berderai. Yang dulu menyambut aku dari terus terjatuh. Beri aku ruang untuk terus hidup atas tilam empuk penuh rasa sayang. Aku jujurnya mahu percaya yang utuh dari kamu. Tapi untuk setiap satunya tipu daya, alasan puaka, fitnah celaka yang manusia atau apa sahaja momokkan. Aku, semakin hilang, harga.

Yang semakin menderu perasaan untuk menyialkan setiap rusuk yang ada. Untuk kembali pada gadis jahat yang dulu. Ingin berteman sama kepul asap. Mahu hilang dalam bayang-bayang fantasi aku cipta. Cuma, mahu aku pesan. Kalau betul kau ingin aku ranap lebih dari dulu, silakan. Lambung aku tinggi biar aku hancur bersepai bila jatuh. Celakakan aku semahu kau biar aku ingat setiap satunya luka, nanah, serpih yang kau tinggal. Selama aku mampu hidup dalam jiwa yang mati, aku teruskan.

Aku mahu jadi perempuan itu lagi. Untuk terakhir kali, aku carikan bahagia buat kamu walau aku tercela beribu kali. Ini bukan zaman jatuh bangun lagi. Ini kali aku memang mahu tewas sendiri. Kalau kamu tak mampu sambut aku lagi, biarkan aku menyepi di sudut menghimpit ini. Biarkan. Sama macam aku cuba biarkan kau lena atas awangan sama si dara kalau itu yang kau idamkan. Aku, cukup apa ada. Cukup dengan janji, memori, diari yang kau tinggal untuk aku hidup seolah mati.

Hidup seolah mati.

"Beribu datang menolak, kita takkan jatuh.
Jatuh aku, jatuh bersambut."

Dua tahun kita hampir khatam perangai manusia pukimak yang mahu menghancur. Jiwa yang bersulam jahitan juga sudah terlalu lena dibobok sama manis janji, kata, yang aku pegang untuk mengganti udara.

Yang pada kamu, itu cuma seketika.

Aku semakin menyelaka diri. Aku serah segala akal fikiran untuk kau berkeputusan sendiri. Apa kau mahu percaya hati sendiri yang sentiasa betul. Yang kau tahu pasti aku akan hancur. Cukup buat waktu ini, kau tahu hati aku sedang dihempas dipijak disepak oleh keadaan. Tidak, yang kejam bukan kamu, tapi aku. Aku yang jahat yang liar yang meranapkan diri. Mati hidup semula pun aku takkan mampu menakluk takhta dalam jiwa harum kamu.

Kalau aku sudah punya pengganti untuk bersama mengutip serpih yang sudah terlalu kecil zarahnya, aku takkan semenyerah ini untuk kau olokkan setiap jujur sayang dari aku.

Ah, cukuplah bergolak sang jiwa.
Bangunlah, jelaskan tujuan aku tolong?



*Kepada setiap yang membaca hingga ke baris akhir ini, terima kasih.