Love Disease.
about home follow
Monday, April 7, 2014 | Monday, April 07, 2014 | 0 comments

If my life would be told to my future generation, they'll consider life in old age was horribly terrifying.

"Back in 2004. I'd never came out with any idea that my life would become a mess. I was that cheerful little kid with charm overload friendships I had during school. What could be more wonderful than being a kid? (If I'm asked now, -GOT MARRIED.) But my childhood wasn't that fun. Luckless- when I had that love-hate-relationship-environment at home. It didn't seemed as the worst thing on earth but to me, it was somehow yes. I officially had a divorced parents when I was 12.

It had started long time ago before it was officially announced to me. (and to the public as well) Does it hurt a 12-year-old-kid? I should have put no as an answer but it was pretty shocking when I recalled my memories. I'd cried badly throughout the worst days in my life. (maybe I was an attention-seeker then?)"


Menyelak 10 tahun ke depan- aku yang sedang asyik membinasa.

Tanpa hijab yang dialas untuk melindung yang haram dan serpih dari pandangan mata untuk melangkah setapak ke arah ma'sum sebagai seorang Muslim. Aduhh. Hancur lagi.

Mungkin aku yang mencuba terlalu payah cuma. Merapi peribadi, personaliti dan kredibiliti sebagai seorang aku yang dulu. Yang dilukis pandang retina ini cuma dunia dalam terowong bersama mentol yang hampir menjengah detik luputnya. Entah esok, nanti, akan terpadam semua. Susah ya? Mahu jadi jujur tapi kalis mengguris hati manusia. Bahasa apa yang perlu diguna pakai? Hati mana yang belum hancur lagi? Terus aku perlu dodoikan ia dahulu.

Di selingan saat aku enakkan mimpi jiwa, angan aku menjadi gadis materi. Yang pandang emas dunia, melangkah butik setaraf Paris Hilton atau ditengkujuh kertas ringgit semata. Indah ya? Tapi setakat ini belum lagi bibir aku mengukir garis bahagia andai diberi peluang bermewah sebagai manusia begitu. Monolog si realiti lebih bermain di kotak fikiran. Apa seronok menjadi pujaan kerana wang? Apa gembira selama di dunia dengan harta orang sekeliling meminta?

Tapi hipotesis yang malar hari ini, kerana duit kau dipandang.
Tapi selama mana kau mampu memaksa bahagia bila dijulang kerana wang?

Kacau.

Mak tiri aku sendiri sudah bilang, kos hidup yang aku bakal galas sangat tinggi.
Ahhhhhhhh kusut lagi!

Bangunlah hati. Kutip segala pecahan kamu. Bersama kau pimpin jiwa itu cerahkan kelamnya jalan malap kelmarin di depan mata. Aku sudah lelah berdiri sendiri membiar titis jiwa mencium dagu setiap hening pungguk merindu. Jasad aku semakin membuta menadah setiap teguran dunia menyapa. Bila kamu mampu menjawab setiapnya kalut aku? Jahanam aku? Semalam aku? Marilah sini pimpin aku. Kita jalan sama-sama menyeret setiap batu hitam semalam membiar mereka membakar diri.



Andai perempuan bercela seribu ini masih punya harga,

manisnya dunia.