Love Disease.
about home follow
Jerit.
Tuesday, May 6, 2014 | Tuesday, May 06, 2014 | 0 comments

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


Suatu Pernah - Fynn Jamal.

Sengaja aku tak kepilkan video penuh untuk kau dengar suara yang aku pinjam dari beliau. Cukup sekadar beberapa baris kata untuk kau semat di hati mulia itu yang menghina hingga setiap zarah aku hancur. Suara ini aku jadikan bantal setiap malam aku, dulu. Aku cukup kuat untuk nyanyikan setiap satu kata tajam ini pada telinga sendiri, dulu. Bilamana tiada satu hati yang faham rasa pecah meliar ini, aku temankan jiwa dengan lagu paling hikmat yang menjerit setiap kali diputar.

Ini yang aku mampu beri cuma. Setiap kata aku tiada lagi makna untuk didengar. Perlu apa aku memulang setiap caci? Manusia selalunya buta-buta menadah apa mereka mahu dengar sahaja. Cukup, setiap sepak terajang dalam kata maki hina ludah yang kau beri untuk meronyok jiwa. Cukup. Aku cukup hancur. Aku sudah bilang, masa aku sudah habis mahu terangkan apa sahaja kebenaran yang akal sialan kau sendiri hitamkan. Kalau aku disempatkan nanti, aku tunjukkan arah dan makna sebenar cinta yang kau olokkan aku selama ini. 

Cinta itu bukan begitu, bukan begini.
Bukan sesuatu yang perlu untuk aku turutkan setiap mahu.

*pause*

Bagaimana rasa bila sudah hilang hadir perempuan ini di setiap langkah? Tenang?

*diam* 

Aku sudah lebih dari jahanam. Sudah tersedar yang selama ini tersasar. Tak perlu kata sumpah maki lagi untuk membulatkan kekalahan aku. Nasib hati sudah ranap. Kalau dia masih hidup berdarah, sudah aku laungkan juga setiap kata membidas. Hilang rasa hilang jiwa hilang raga; semuanya aku sudah rasa lebih awal. Aku selitkan kata maaf dalam entri terakhir ini atas dasar hormat. Ya, aku harap ini yang terakhir. Kalau pun aku tersungkur lagi, aku bangun sendiri; seperti biasanya kala aku ditolakrempuh sama dunia. Aku tak perlu diusir & tak akan tunggu di tepi jalan lagi.



"...Kita semua sama. Manusia biasa" :)

Life is awesomely beautiful if we're surrounded by beautiful people.
Praise to God.