Love Disease.
about home follow
Thursday, May 1, 2014 | Thursday, May 01, 2014 | 0 comments

"kalau Fatin tak cakap, tau tak?"

"tau, semua orang tau"

"kenapa takda orang bagitau Fatin?"

"tak tanya."

"kalau ada orang ambil berat, mesti orang bagitau."

"hm?"

"hahahaha." (rasa kelakar bila perasan macamlah ada orang ambil berat)

"kenapa suka? kalau orang bagitau boleh terima ke? kan tengah suka."


If the heart can't tell the truth, the pain will. 

Aku rasa jiwa makin gila. Bukan, aku YAKIN jiwa memang sedang gila. Dibiarkan dia lelap untuk beberapa hari. Sedar-sedar aku bangun dalam mimpi..? Enam hari aku lalukan tanpa esak, sedu tangis sang jiwa sebelum lena. Yang ada cuma embun bahagia mahu berteman sama gadis penuh cela ini. Hendak aku berikan jiwa, terasa hina. Terlalu hina. Aku biarkan garis senyum ini bermain di taman hijau. Seorang diri. Kerana aku masih mencari.

Aku sedang hidup dalam mimpi.

Apa kekal aku di sini? Dipimpin tangan, disahut sendu. Mana pergi realiti terkejam yang selama ini setia di sisi? Tidurkah? Atau sudah bosan mahu menyucuk setiap rusuk jiwa aku?

Aku memang tidak ternafikan, terlalu lemah, kalah, sama dunia.

Tapi,
jiwa aku paling sado bro.

Aku highlight yang aku rasa paling win dalam conversation kt atas. Tak perlu diulang bodoh aku pada setiap kata. Itu belum mampu menyetara frekuensi kenaifan aku menutup mata pada setiap celaka manusia. Biarlah. Aku masih mahu membiar. Biar pun impian aku saling bersahutan mahu dicapai sama aku. Sedang aku, masih mencari jawapan yang aku sudah tahu. Mungkin masih belum percaya sama mimpi ini. Masih terlalu mentah. Tapi, derita yang memeluk aku sudah menjauh. Yang aku belum pasti, apa ini sementara atau selamanya?

Aku sedang menari di taman hijau ini. Aku mahu tanam mawar merah tanpa duri di sekeliling. Aku masih belum puas menggaris senyum. Ya, aku paling gila buat waktu ini. Paling tengah di persimpangan. Paling bahagia dibelaikan sang mimpi. Cuma, ingin aku khabarkan yang aku ini masih bertatih berjalan. Jiwa ini selalu leka bila diminta kebaikan dan diberi kebaikan. Jangan pernah penat untuk aku kalau kamu tahu hati kamu tidak layak untuk aku.

Ah, aku mahu terus sama mimpi ini selagi aku punya kemahuan mahu berdiri. Maaf, tapi jiwa ini juga masih mamai nan terjaga dibuai ilusi. Moga bahagia buat kita semua, ya?

Aku sedang tandus kata untuk menggambarkan aku detik ini. Lihatlah, aku sedang cuba membiar manusia berfikir apa sahaja yang mereka ada di akal fikiran sialan tentang aku. Sudah cukup aku berhabis masa mahu bikin kamu percaya sedangkan aku membuang airmata untuk kau gelakkan di depan aku semata.

Sudah, cukup. Aku mahu terus bermimpi :)