Love Disease.
about home follow
Monday, June 2, 2014 | Monday, June 02, 2014 | 0 comments

2014, 4 April.

Tak kan mahu menangis lagi?
Sampai matikah mahu kau terus?

Bangun lah hati pujuk jiwa kecil itu untuk bangkit semula.
Apa enak dibuai mimpi bergantungan, didodoi melodi sang waktu gelap dahulu?
Apa harus dipejam mata setiap kali pita jahanam itu berputar?

Sambutlah lelahku jodoh di perantaraan.


A piece of me which I kept in my private storage.

Entah. Sekarang sudah hilang punca mahu menulis. Sudah hilang rasa mahu berkongsi. Sudah hilang sakit mahu dijadikan ilham yang sedikit. Apa pun, terima kasih Siska yang terlalu banyak berserpih. Sampai hari ini aku masih mahu menulis bila tiada yang mampu mendengar secara literal.

Amazingly I've been through a month full of surprises recently. Simply fast. Throwing back to the moments I kept wishing for a miracle to happen, a perfect destiny. And I've been wishing He would bless me with my muse soon. Now, He hears and even lends me a creation just like what I've been asked all these while. :)

But, the insecurity is now on the mode.

Lewat minggu lepas, aku sembang dengan this blood-sisto kt whatsapp. Sembang-sembang cerita cita-cita dan harapan sebelum masuk 2nd series. Which means tinggal lagi few months before February 2015. And it happened minah ni tibai gelakkan aku. Tapi worth it lah kau yang berangan lebih sis. Then I already decided this is my last wish (that never will come true). And by 20, I'll stop everything. I'll erase the dreams and rather choose reality. Hm yeah I have to.

Sembang-sembang berlarut sampai harini.

"Sis, aku bukan nak cakap apa. Kalau lepas ni kau jatuh lagi aku nak sambut pun tak mampu sis. Confirm kau terduduk kalau sebabnya ini. Kau nak tongkat diri kau sendiri pun..... Aku takut sis aku tak mampu."

Satu aku nak highlight ini perempuan jatuh bangun aku dekat Lendu memang depan dia. Penat, sakit, luka, ikat perut, cari duit, kerja part time, semua depan dia. Second, it starts with this humanity sense. Look, I never meant to hurt anyone and satisfy everyone though. Throughout these recent years, I'm continuously getting hurt accidentally or intentionally by jerks everywhere. But the thing is aku tak marah aku tak dendam. Kalau nangis, aku kasi habis then bounce to be normal, I do move on.

Susah nak move on. Siapa kata senang. Datang kapal bahtera pun belum tentu mampu tarik kau keluar kalau memang kau dah sebati dengan apa kau ada. But we have to. By the end of the day people will change and we get no choice but to move on.

 cakap senang laaaa dey macha pigiiiii daaa...

Entah. Aku tak reti marah lama-lama. Kalau perlu, aku hilang. And I'm someone who finds issues with asking for forgiveness from ppl. Kalau aku salah, aku minta maaf dari hujung dunia sampai hujung sana. Segala jenis maaf aku mohon. Kalau ada suara-suara sumbang mula mengata, kau mahu aku bilang apa? Kau punya hak bersuara, kau katalah. Yang rasa semua pedih tu kt sini bro. Kt sini. Cuma setakat ini belum berkudis lagi. Sikit pun belum. Tapi kalau esok lusa kot-kot kau dah boleh terima dunia ni bukan bawah kaki kau, sini aku beritahu awal-awal--

Salah silap kau aku maafkan.

Kita manusia. We are the kings and the queens of our flaws. Ludahlah, cacilah, makilah apa kau mahu carutkan semua aku sudah kebas. Hidup mati jodoh rezeki aku bukan kau beri. Aku cuma minta pada Dia bukan merayu pada manusia. Zaman mengemis minta orang datang, melutut bila orang nak blah dah habis. Aku terima apa ada. Cukup apa ada. Kalau-kalau ada lagi yang terasa aku mengambil hak manusia yang ditidakadilkan, maaf.

Maaf.

Aku sudah malas mahu toleh pada si lepas. Kalau memang ini hak pinjaman aku, maka aku harap fikiran sialan kau dihabiskan. Kita sama perempuan. Kita tahu apa kita rasa. Aku tak memburukkan, mengaibkan, membuka rahsia sesama kita di laman sosial. Aku boleh gila mahu fikir hati siapa perlu pegang takhta dahulu. Kita kasi pendek cerita, pandanglah aku sejahat apa pun aku terima. Lebih mudah begini dari berlarutan dan tak jumpa jalan. Ya, aku mungkin sudah dihitamkan sebagai sundal dalam fikiran kau. Aku si jahat itu yang belum puas membikin onar dari dulu.


p/s; Sakinah, aku tak takut. Cuma nafas aku belum bersambut. Ya, aku mahu hidup normal tapi masih gila. Biasalah manusia :D