Love Disease.
about home follow
merpati & surat berdarah
Thursday, July 17, 2014 | Thursday, July 17, 2014 | 0 comments

Dia sedang terbang
dia mahu pergi
dia mahu pulang
usah diikat lagi

Jangan tuan jangan dipanggil
merpati sudah berubah hati
walau ditaruh si jiwa degil
merpati tidak akan menoleh kembali

"Tidak" belum tertunai hajat beta sendiri
merpati tidak dapat dilepas pergi
si putih merpati, datang kau ke mari
aku mahu kamu dihidang sebelum datang matahari pagi

Merpati hilang waras akal dan pedoman
Ditelan diluah sama dinarnya
Apa disempatkan lagi sayap dikepak menghingar taman
Sedang minit yang tersisa hanya untuk menghitung nafasnya?

Lalu merpati menawar untung
"Apa kamu fikir daging yang tersiat nanti enak rasanya?"
sebentar, beta mahu bermenung
"Terus, apa kau fikir pilihan yang ada kau yang punya?"

Tunggu.

Merpati bisa terbang.
Apa yang mampu menghalang?
Dunia ini tidak berpalang.
Biar kau terus-terusan pening kepalang.
Hidup mahu dipuji sekalian jalang.


Hei,

Merpati bisa terbang
Sebesar apa tuan itu tidak akan mampu menghadang.
Yang mulanya tuan sendiri mahu melepas pulang.
Sekarang, apa perlu mahu meradang?

Baiklah.

Kau bisa pergi merpati.
tetapi,
sudah aku ikat surat berdarah ini di kaki kamu
untuk kau tidak lupa diri dan jati
sepurnama kau terlihat, akan ada manusia yang jemu



----------------



sedang terlalu berkhayal. sedang hilang kata. sedang lena bermimpi. sedang tidak tahu mahu tulis apa. sedang mahu berkongsi bahagia tapi takut tak terkenan di mata :)