Love Disease.
about home follow
Thursday, September 11, 2014 | Thursday, September 11, 2014 | 0 comments

malam datang lagi
jantung hampir pecah
empangan tertahan mahu memuntah darah hati
penat, sudah
lelah, mengejar payah
letih, mengutip serpih
Sunyi, boleh kau temankan aku lagi?
aku surrender
aku masih perempuan tepi jalan tak berteman
aku tersasartafsir ada nyawa mahu berhenti, berlama di tepi jalan
Angin, malam ini kita berapat lagi
aku mengalah
aku selalu salah menadah
sedang tiada apa mahu orang beri
sedang yg sudi berteman cuma Si Sepi
Embun, datanglah mencangkerang lagi
biar sampai sakit
biar sampai mati
aku dengar bisik Dingin yg tidak bernyawa itu lebih setia hingga ke langit

mari, kita merainyanyi agar hujan turun empangan pecah
mari, kita berjabat Dingin, Embun, Sepi, Angin dan Sunyi juga menyaksi



lelah mengejar payah
letih mengutip serpih.







I wrote this on the night i lost the spirit to the heartless precious.
Before i was killed by the words and started to cry blood until this second.

Soul, may ye enjoy the apocalypse.