Love Disease.
about home follow
Saturday, November 22, 2014 | Saturday, November 22, 2014 | 0 comments

"Asap nikotin garang berlumba laju mahu menari di pentas udara. Rokok ketiga bernyala. Jari perlahan merangkakcari kenangan yang membunuh diri sendiri. Kalau boleh aku mahu mati dari bersakit seperti ini. Jelek. Respon yang terekspresi dari menahan seribu torehan janji. Teks juga belum pernah dipadam. Bodoh. Apa lagi kau tunggu? Sampai nanti dia datang lagi sama coklat dan patung untuk menggulakan kau? Untuk tunduk hormat pada serakah semata.

Malam bukan lagi indah. Tempat baru. Yang bergantung harap cuma pada kawan baru. Belum lagi sebulan, sisi gelap sudah ternampak. Bagusnya, dia sanggup menyeka air mata sambil terbatuk batuk menahan dari udara bercampur asap tar yang aku bakar dalam ruang tertutup. Sambil berhingus, sama kepul asap, tangan masih menari pada skrin phone. Melihat teliti dengan mata berkaca setiap bait ayat yang pernah menjadi lullaby dulu.

P
e
d
i
h

Fikiran melayang. Masih melekat pahit di setiap inci jelingan pada dunia. Memories were all fast tattooed. Those thoughtful days and nights, fav songs and smells, places and food are not easily vanished. I'm still killed. Spesifikasinya lagi waktu aku hidu wangian kamu dalam pekat banjiran manusia di tengah kota dan aku teragah agah mencari dari mana, siapa nama, si puaka yang celaka seakan sengaja mahu merentap roh dari tubuh.

Kalau tidak wujud satu waktu itu yang kau datang tiba tiba untuk membilang kau sangat suka dan bukan cinta, aku takkan sehancur ini babi. Dan aku lebih memilih disambut tangan beracun dari berjabat sama angin yang bisu dan dingin. Yang selepas itu tidak wujud satu saat pun di mana kau tidak wujud. Membontoti setiap hantu kehancuran yang lain sehari hari. Dan lebih parah, kau menambah rasa bebal dan sebal. Sial.

--

Malam ini aku bersiap rapi. Mahu berapat sama teman sekolah. Aku pandu laju mahu mengejar masa. Dalam dingin selapas renyai hujan. Kita bertiga bersapa seakan tiada apa. Aku bertanya mahu ke mana. Dan masih tersasul sekali dua kau panggil perempuan ini sayang. Sesekali kita bergelak bertiga seperti zaman tingkatan lima. Selesai berbual kasual, aku hantar teman pulang. Dan aku kira malam ini mulanya agak aneh.

Kau bilang tempoh hari kita cuma kenalan biasa. Tidak boleh lebih. Dan aku mengiyakan setiap permintaan itu. Aku pacu tanpa tuju. Melihat apa yang masih bersisa di tempat yang sama Ogos lepas.

"Orang selalu lepak sini. Sorang."
"Kenapa tak ajak?"

Yang dulunya tempat kita lihat air mengalir tidak terlalu deras. Dengan kicau burung waktu senja. Matahari oren. Beramai atau berdua. Sebelum momen berubah secara total. Dan tinggal aku yang selalu berhenti berlama di sini. Sendiri. Bawah matahari. Rokok dan api.

Entah berapa lama aku mendiamkan diri melihat luar yang gelap, memainkan pita lepas. Sedar-sedar suasana jadi sayu. Kau tanyakan lagi yang lalu. Maaf. Maaf sekali lagi. Kau genggam tangan. Aku tunduk sebal. Kau mahu pinjam bahu ini lagi. Dan aku lihat air mata laju kau seka.

Sekejap.
Nyawa
aku
hilang.

*tahan sebak


Malam itu aku lihat ego kau pergi, Dengan air mata, tanpa henti kau pujuk untuk aku kembali. Aku menangis sekali. Sekarang, aku punya dua kesalahan besar. Satu, yang itu. Dua, yang ini. Yang malam ini. Tanpa sengaja. Maaf yang tak tertafsir. Maaf untuk air mata yang sebelum ini aku tak pernah tahu untuk aku. Dalam diam. Dalam hilang aku. Untuk jatuh yang aku pernah beri dulu. Maaf. Dan maaf.

Walaupun.



Walaupun tangan itu yang masih menyapu air mata aku.

And tears kept falling down on each other's shoulder. Well,
THANK YOU, SWEETHEART."



Dan perempuan itu masih selalu berkunjungdatang. Sama sebekal hati, bersisa sayang berulam sepi. Untuk bermain main mata sebelum sedar lelaki ini sudah punya pacar. Kekasih yang akan pulang mengganti status perempuan rebel.


Dan

aku masih berteman asap nikotik,
bayang hitam
dan dunia jalang.