Love Disease.
about home follow
Sunday, December 21, 2014 | Sunday, December 21, 2014 | 0 comments

selamat malam sayang

tadi aku lihat bayang-bayang
hitam
kelam

lagi

aku buntu
semalam aku sudah usir
pergi
jangan datang lagi

malam ini
sekali lagi
aku berteman sepi
memori bermain api
sama melodi
kisah hati

sekarang aku buntu
apa Tuhan mahu tunjuk aku
apa perlu aku tunduk sama kamu
apa masih hati mengejar kamu
sedangkan
kau mengajar aku untuk membisu

aku sudah jemu
dengan kepul asap
bintang malam
dalam banjir manusia
aku tetap lihat
k
a
m
u

marahlah aku sayang
ingatkan aku
kau sudah pergi
jangan dicari lagi
kamu milik orang
rindu tidak boleh
sayang tidak boleh
cinta terus dilarang

selamat malam sayang



hidupkan aku lagi,
Tuhan