Love Disease.
about home follow
Monday, March 16, 2015 | Monday, March 16, 2015 | 0 comments

sudah berapa hari aku tidak lihat bintang. lewat hari itu cuma sempat bersua bulan terang. malam-malam kini cukup indah. tidak sama seperti mereka. tapi cukup, aku sama teman mampu bergelak canda.

Tuhan, aku hairan. kenapa kau jadikan manusia yang satu itu terlalu berbolak balik hatinya? kenapa perlu kau datangkan dia dalam mimpi-mimpi malam indah aku? apa dia lupa gadis hitam ini bukan lagi untuk dipujukrayu?

perasaan aku sudah habis. kalau perlu aku sambungkan lagi cerita celaka kita, mungkin watak aku sebagai antagonis yang membuat kau dipandang sinis. jujur, keinginan aku untuk memaki hamun si brengsek terlalu membuak. dasar sialan. kalaupun aku dilabel jalanan, Tuhan aku masih pinjamkan segenap akal dan selambak perasaan untuk aku penuhkan setiap penjuru lompongan yang kau tinggalkan.

ranap sendiri. jatuh yang kau rasa sekarang cuma tiga lima peratus dari luka nanah yang kau hadiahkan dulu. apa yg kau fikir? aku mahu siapkan hati ini untuk menadah ludah baruah lagi? lucu :) katanya kau sudah tidak punya siapa-siapa lagi. HAHA. jadi kau mahu aku mendepa tangan untuk memeluk angin bisu yang dulu menjerut setiap inci aku hingga bersepai setiap satu. aku mungkin manusia terakhir yang mahu beri bahagia pada bajingan yang menyekat nafas aku dulu.

sekarang, kau lihat aku.

hei, si celaka yang mengikat aku untuk seratus dua puluh hari dulu. masa kita sudah habis seratus lapan puluh hari lepas dan tidak ada satu alasan pun untuk aku pulang ke lubuk racun untuk kali kedua. sayang si jalang ini bukan perempuan yang mampu terima kebodohan kau berulang kali. aku bukan malaikat yang sentiasa ada untuk kau dapat. sila, cari si perempuan gelap ketiga yang lebih bodoh dari aku untuk kau jadikan lampiasan nafsu. (jika ada)

cuma tolong,



jangan
pernah
muncul
lagi

sialan.